Kerjaya DTM Ralf_Schumacher

Schumacher pada musim 2010 dalam perlumbaan pembuka tirai di Hockenheim.Schumacher di Brands Hatch pada tahun 2008 bersama (Mücke Motorsport) dengan memandu sebuah kereta AMG-Mercedes C-Klasse 2007 dalam kejuaraan DTM.

Pada 17 Januari 2008, Schumacher mengambil bahagian dalam sebuah ujian bersama pasukan Mercedes dalam kejuaraan Deutsche Tourenwagen Masters (DTM) di Litar Estoril di Portugal.[15] Ia adalah perlumbaan pertamanya dengan AMG Mercedes sejak 20 Julai 1997, apabila beliau menjadi salah seorang pemandu jemputan dalam sebuah perlumbaan FIA GT Championship di Spa-Francorchamps, Belgium, dengan memandu sebuah AMG Mercedes CLK-GTR. Ini juga adalah peluang terakhir bagi Schumacher untuk memandu sebuah kereta perlumbaan dengan bumbung.

Pada awal bulan Februari, Schumacher mengambil bahagian dalam ujian kedua untuk pasukan Mercedes di Estoril. Beberapa minggu kemudian, beliau mengumumkan bahawa beliau akan berlumba dalam DTM bersama Mercedes bagi musim 2008.[16]

Ralf mendapat mata dalam 2 perlumbaan pada musim 2008, dengan mendapat tempat ke-7 di Barcelona and ke-8 di Nürburgring. Beliau menamatkan musim sulungnya dalam DTM di tempat ke-14, dengan 3 mata, di belakang Gary Paffett.